Salam. Ermmm...agak lewat juga ni masuk blog. Apa2 pun saya mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada rakan sk & smk convent sentu, classmate & betch & junior senior MPgBP, rakan2 sekerja SKDK dan classmate & warga IPBMM. Semoga lebaran tahun ini memberi 1000 keceriaan, kebahagiaan dan kegembiraan bersama insan2 yang tersayang. Berhati2 di mana jua anda berada, keh! Jumpa lagi!
Salah satu keperluan akademik di sekolah ialah kebolehan menulis. Kebolehan
menulis diperlukan untuk semua mata pelajaran di sekolah. Guru sangat kenal
akan tulisan buruk, dan selalunya marah kerana ia terpaksa memeriksa
beratus-ratus halaman tulisan dalam setahun yang susah hendak di-bacanya.
Berbagai-bagai cara telah dikemukakan untuk mengesan, atau membuat saringan
mengenai kebolehan menulis. Cara yang paling mudah ialah dengan melihat
tulisan-tulisan murid yang sedia ada dalam buku latihan, atau ringkasan. Walau
bagaimanapun, cara ini kurang memuaskan, kerana ada murid yang tulisannya
memuaskan jika diberi masa yang cukup, dan murid itu juga mungkin tidak dapat
menulis dengan jelas jika masa ini dihad¬kan. Dengan itu, cara yang dapat
mengawal kedua faktor ini ( iaitu masa dan tulisan) adalah lebih baik.
Cara berikut untuk mengesan,
atau membuat saringan mengenai kebolehan menulis mudah digunakan oleh guru
bilik darjah.
1. Ayat, atau
perenggan biasa boleh digunakan, asalkan me¬matuhi dua syarat berikut:
(a) Tidak mengandungi perkataan yang akan menghentikan murid menulis kerana
kerumitan mengeja.
(b) Mempunyai isi kandungan yang dalam pengalaman dan dapat difahami oleh murid.
2. Setelah murid membaca
ayat yang diberikan beberapa kali dan setelah kenal semua kandungannya, guru
boleh memberitahu murid supaya menulis ayat tersebut lima kali dengan tulisan
yang terbaik dan masanya pun tidak dihadkan.
3. Setelah semua murid
selesai menulis, guru menyuruh mereka menulis ayat yang sama seberapa banyak
yang mereka boleh dalam masa tiga minit. Setelah tiga minit, guru akan menyuruh
mereka berhenti clan mengutip tulisan tersebut.
4. Apabila menilai tulisan-tulisan tersebut, guru harus memerhatikan
perkara-perkara berikut:
(a) Kualiti tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa.
(b) Kaitan kualiti di antara tulisan dalam ujian yang tidak menghadkan masa dan
ujian yang menghadkan masa.
(c) Kadar penulisan dalam ujian yang masanya terhad dikira seperti berikut:
Jumlah perkataan dibahagi dengan masa).
5. Dari ujian ini, murid-murid berikut memerlukan
latihan pemulihan tulisan.
(a) Murid yang tulisannya terlalu buruk dan tidak dapat dibaca dalam ujian
yang masanya dihadkan.
(b) Murid yang tulisannya tidak mudah dibaca dalam
ujian yang tidak mengehadkan masa.
(c) Murid yang kadar penulisannya terlalu lambat.
(d) Murid yang tulisannya terlalu condong ke kiri,
atau yang tulisannya terlalu besar, atau terlalu kecil untuk dibaca dengan mudah.
Cara mengesan murid
yang tulisannya tidak mudah dibaca seperti ini biasanya memadai untuk situasi
bilik darjah. Cara lain ialah dengan menggunakan Skel Tulisan yang telah
disediakan dengan contoh-contoh tulisan bersama dengan kualiti mutunya.
Skel-skel ini telah disediakan berdasarkan kajian yang luas, dan dari kajian
ini satu skel purata disediakan yang dapat diperkait¬kan dengan darjah murid
Dengan menggunakan
Skel Tulisan ini, sesuatu darjah dapat dibandingkan dengannya. Contoh-¬contoh
skel ini ialah ‘Thorndike Scale for Handwriting',`Ayres Measuring Scale for
Handwriting (Gettysburg Edition) ‘,`American Handwriting Scale', dan
'Minneapolis Handwriting Scale'. Walau bagaimanapun, skel-skel ini hanya
merupakan alai mengesan (atau saringan) dan tidak dapat menentukan kelemahan
seperti yang dibuat dalam diagnosis.
Setelah murid yang
memerlukan pengajaran pemulihan dalam penulisan dikesan, guru harus dapat
membuat diagnosis, atau menentukan apakah jenis kelemahan murid tersebut. Cara
yang mudah untuk melaksanakan proses diagnosis ini ialah dengan membaca tulisan
murid, dan menandakan semua huruf yang tidak mudah dibaca, atau yang memerlukan
penelitian kali kedua.
Sediakan jadual
senarai semua murid dan catatkan kelemahan setiap murid. Perkara ini mudah
dibuat dengan meng¬gunakan Carta 'The Pressey Chart for Diagnosis of
Illegibilities in Handwriting'. Carta ini boleh disediakan berdasarkan
penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan berbagai-bagai jenis tulisan dan
bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Dari penyelidikan Pressey, untuk menyediakan cartanya itu, beberapa huruf
didapatinya sering menimbulkan kerumitan. Contohnya huruf kecil r,n,e,a,o,s dan
t.menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50%. Huruf yang paling
menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering
berlaku ialah menulis r seperti i, n seperti u, menutup e, membuat d seperti
cl, o seperti a dan a seperti u. Huruf besar biasanya mudah dibaca, kecuali
huruf L Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini menyebabkan
tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam
penulisan diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik
seperti ini telah menghasilkan tulisan yang memuaskan di kalangan murid sekolah
rendah.
CARA-CARA MENGATASI MASALAH TULISAN
Guru perlulah
memberi latihan dan pengukuhan yang secukupnya dalam peringkat-peringkat
permulaan dan mendirikan asas. Penerangan, tunjuk cara serta contoh-contoh yang
jelas dan betul perlulah diberi agar sesuai dengan tahap keupayaan murid secara
individu supaya dapat diikuti dengan mudah. Guru adalah model atau contoh yang
menjadi ikutan murid-murid. Tulisan dan cara-cara guru menulis contoh yang akan
disalin oleh murid-murid hendaklah dibuat dengan teliti dan betul.
Kad-kad tulisan
dan lembaran-lembaran kerja bertulis perlulah disediakan oleh guru dengan
sempurna. Seberapa boleh banyakkan latihan dan berikan bantuan individu. Guru
juga perlu membuat pertimbangan harus dibuat bagi menentukan ketika sesuai
seseorang kanak-kanak itu tidak digalakkan lagi untuk menggunakan getah
pemadam.
KAEDAH
PENGAJARAN PEMULIHAN TULISAN DAN PENILAIANNYA
Pengajaran
pemulihan tulisan bagi murid-murid sekolah rendah adalah berdasarkan pengajaran
tulisan yang betul dan kukuh. Bahasa bertulis memerlukan perhubungan dengan
bahasa dalam diri penulis, atau dalam fikirannya. Perihal menghubung¬kan bahasa
lisan dengan bahasa fikiran adalah amat sukar. Dengan sebab ini, maka usaha
pengajaran permulaan dalam penulisan biasanya amatlah susah, walaupun murid
tersebut tiada kesusahan membentuk huruf. Seperti pengajaran bahasa juga,
penulisan adalah lebih mudah dipelaj ari ketika murid masih kanak-kanak kecil lagi,
seperti pada umur empat tahun setengah.
Latihan permulaan
untuk kanak-kanak kecil ini haruslah menggunakan pensil, atau krayon.
Langkah-langkah untuk mengajar mernegang pensil, atau krayon adalah seperti
berikut:
1. Murid disuruh mernegang pensil dengan semua jari mengelilingi pensil
tersebut. Kemudian, murid diberitahu supaya membayangkan bahawa mereka sedang
mengacau kuih. Mereka patut mengacau dari kanan ke kiri dalam besen yang bulat,
dan seluruh anggota tangan harus dihayun; bukanlah setakat tapak tangan sahaja.
2. Apabila murid telah mahir membuat pergerakan
bulat ini, murid ditunjukkan bagaimana tiga jari harus berada di sebelah
belakang pensil. pensil harus dipegang dengan ibu jari dan jari telunjuk.
3. Murid disuruh menggerakkan pensil naik dan turun
dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil membiarkan tiga jari yang
lain berada di keadaan senang dan selesa.
4. Kemudian, murid disuruh meletakkan ibu jari dan
jari telunjuk hampir dengan mata pensil dan disuruh melatihkan kawalan jari di kedudukan ini.
5. Setelah itu, murid diajar melonggarkan pegangan
pensil oleh ibu jari serta, jari telunjuk, supaya pensil dapat bersandar ke atas jari tengah (jari
hantu) di kedudukan yang betul.
LATIHAN
SEBELUM MENULIS
Murid-murid harus
diajar membuat berbagai-bagai bentuk dengan menggunakan jari mereka. Latihan in
boleh dikelolakan seperti kelas lukisan yang menggunakan kanji dan warna dan
murid-murid disuruh membuat bentuk dengan jari mereka. Bentuk-bentuk yang
penting dan menjadi asas penulisan ialah bulatan, garisan, lengkungan serta
kombinasi lengkungan dan garisan lurus. Titik permulaan harus diberitahu serta
dilukiskan, dan guru harus memberitahu arah dan bentuk yang harus dibuat oleh
murid.
LATIHAN MENULIS
Murid yang sudah
dapat menggunakan pensil boleh disuruh melatih tangan mereka dengan menggunakan
Latihan berikut sebagai panduan.
Tokoh-tokoh pengasas pendidikan awal kanak-kanak adalah terdiri daripada: 1. Imam Al-Ghazali
2. Ibnu Khaldun
3. Johann Heinrich Pestalozzi
4. Friedrich Froebel
5. Maria Montessori
6. John Dewey
7. Martin Luther
8 John Amos Comenius
9. Jean Piaget
10. Vygotsky
IMAM Al-GHAZALI
- Dilahirkan pada 450 Hijrah bersamaan 1058 Masehi
di sebuah kampung bernama Ghazalah Daulayah Qursan di Negeri Parsi.
- Nama sebenarnya ialah Muhammad bin Muhammad bin
Muhammad bin Ahmad Al-Ghazali.
- Tahun 484 hijrah beliau dilantik sebagai Naib
Canselor Universiti dan pensyarah di Universiti Pengajian Tinggi Nizamiah.
- Pada tahun 489 hijrah, beliau meletak jawatan dan
pergi ke Syria dan ke Mekah.
- Kitab beliau yang termashur ialah Ihya Ulumuddin.
Pandangan dan idea-idea beliau:
1. Kanak-kanak diasuh mengikut 2 peringkat tahap umur iaitu;
a. Sejak lahir hingga 4 tahun
b. 5 tahun hingga 7 tahun
2. Kandungan kurikulum meliputi latihan jasmani, sukan, adap pertuturan,
keperibadian dan budi pekerti yang mulia.
3. Seorang kanak-kanak harus dididik sejak lahir.
4. Seorang bayi jangan diberikan kepada orang lain
menjaganya kecuali wanita yang kuat agama dan mulia tingkah lakunya.
5. Didik kanak-kanak dengan pelajaran agama, adab
sopan, adab makan minum, mencuci badan, berwuduk dan bersembahyang.
6. Didik kanak-kanak supaya memperolehi tingkah laku
yang mulia, merendah diri, tidak berbohong, bersederhana dalam perlakuan, tidak
berkawan dengan orang jahat dan tidak berbangga.
7. Bersikap tegas dengan kanak-kanak, jangan
biasakan mereka bersenang-senang, jangan berseronok atau bermanja-manja apabila
bergaul dengan mereka.
8. Tidak boleh keterlaluan bila mendenda kanak-kanak.
9. Jangan mencemuh dan menimbulkan kebencian
mereka.Memperelokkan fitrah dan membentuk naluri mereka.
10. Suruh kanak-kanak bermain kerana main pada
kanak-kanak dapat:-
- Membantu
perkembangan fizikal serta menguatkan otok mereka.
- Sifat
semulajadi kanak-kanak memang suka bermain.
- Dapat menggembirakan mereka serta
memberi kerehatan selepas penat belajar
Nasihat
beliau kepada guru supaya:-
- Mengajar mengikut kemampuan kanak-kanak.
- Memperbaiki perlakuan dengan mesra bukan dengan cara
menempelak mereka.
- Guru tidak perlu mengharapkan ganjaran tetapi perlu
menunjukkan model tingkah laku yang baik.
IBNU KHALDUN - Ibnu Khaldun merupakan seorang pemikir Islam yang
terakhir pada zaman pertengahan telah menasihatkan ibubapa dan golongan
pendidik.
- Beliau banyak memperkatakan mengenai persediaan
untuk belajar, pemerhatian, motivasi, berusaha, pengukuhan, perbezaan individu
dan latihan.
Pendapat
beliau dalam pendidikan awal kanak-kanak :
1. Jangan diajar kanak-kanak dengan perkara-perkara yang susah.
2. Belajar daripada mudah kepada yang lebih susah secara:
- Berperingkat-peringkat
- Mengadakan latih tubi
- Menggunakan benda-benda maujud
- Menggunakan bahan-bahan bantu mengajar
3. Kanak-kanak jangan dibebankan dengan
perkara-perkara yang diluar kemampuan mereka. Ini boleh menyebabkan mereka:
- tidak mahu belajar
- mencerca pengajaran yang diberi
4. Beliau mencadangkan kanak-kanak di peringkat prasekolah hendaklah diberi
contoh-contoh yang konkrit yang boleh difahami melalui pancaindera mereka.
5. Ibnu Khaldun juga menyarankan pembacaan Al-Quran harus diajar sebelum
menghafalnya. Apabila sampai umur tertentu dan sesuai dengan daya pemikiran
barulah diajar tafsir, hukum dan lain-lain.
6. Jadual pembelajaran harus disusun dengan baik
supaya kanak-kanak dapat memahami apa yang disampaikan.
7. Kanak-kanak harus dibentuk dengan penuh kasih
sayang, lemah lembut dan bertimbang rasa bukannya dengan cara kekerasan kerana
ini boleh menyebabkan mereka menjadi pemalas, pembohong, berlagak untuk
menyembunyikan yang sebenar, membuat tipu helah dan tidak berperikemanusiaan.
8. Masa belajar jangan terlalu panjang kerana boleh
menyebabkan lupa, sebaliknya dalam waktu yang pendek serta cara yang betul bagi
mendapat hasil pembelajaran yang baik.
9. Bahasa adalah asas kepada semua kanak-kanak
semasa pembelajaran.
10. Mulailah dengan menulis dan membaca, kemudian
kaitkan dengan makna.Pendekatan Ibnu Khaldun merupakan contoh pendekatan yang
baik dalam membentuk peribadi kanak-kanak.
JOHANN HEINRICH PESTALOZZI (1746 – 1827)
- Beliau dilahirkan di Zurich, Swizerland.
- Beliau membuka sebuah sekolah di ladangnya dikenali
dengan nama “Neohof” pada tahun 1774. Di sekolah itu diintegrasikan kehidupan
di rumah, pendidikan vokasional dan pendidikan untuk bacaan dan tulisan.
Idea-idea beliau mengenai pendidikan:
1. Anak-anak perlu dibimbing
secara perlahan-lahan berdasarkan potensi yang ada padanya.
2.Bimbingan itu perlu bermula daripada pengalaman
deria kepada idea yang abstrak.
3. Percaya bahawa pendidikan adalah diasaskan kepada
pengalaman-pengalaman deria. Melalui pengalaman itu kanak-kanak boleh mencapai
potensi mereka yang semulajadi.
4. Beliau percaya pengajaran boleh dibentuk
berdasarkan objek. Oleh itu, pembelajaran konsep hendaklah dengan melalui
manipulatif seperti membilang, mengukur, merasa dan menyentuh.
5. Guru yang baik ialah guru yang mengajar
kanak-kanak bukan mengajar mata pelajaran.
6. Beliau juga percaya kepada kumpulan pelbagai
umur. (multiage grouping).
7. Beliau yakin bahawa ibu adalah orang yang terbaik
untuk mengajar anaknya.
FRIEDRICH FROEBEL (1782 – 1852) - Seorang tokoh pendidikan dari Jerman.
- Beliau digelar sebagai “Bapa Tadika”.
- Pada tahun 1837, beliau menubuh sekolah taman kanak-kanak yang dinamakan
“Kindergarten”.
- Beliau adalah seorang yang kuat beragama dan
menganggap manusia secara semulajadinya adalah baik dan dunia adalah tempat
bekerja dan manifestasi terhadap Tuhan.
-
Menurut beliau " kanak-kanak
umpama biji benih, ibu bapa dan pendidik umpama tukang kebun, kindergarten pula
ialah taman untuk kanak-kanak."
- Oleh itu kanak-kanak perlu belajar dalam
persekitaran yang terancang dan kanak-kanak berkembang melalui main”
Idea-idea Froebel
1. Taman
kanak-kanak perlulah dipenuhi dengan keindahan untuk menarik perhatian
kanak-kanak. Sekurang-kurangnya ia dicat dengan warna yang terang, mempunyai
bilik yang senang dimasuki cahaya, dipenuhi dengan taman-taman, binatang dan
gambar-gambar.Dilengkapi dengan kerusi meja yang sesuai untuk kanak-kanak.
2. Keadaan bilik janganlah sempit kerana menyusahkan perjalanan aktiviti.
3. Kelas prasekolah perlu dipenuhi dengan
pemandangan, bunyi-bunyian dan objek-objek untuk kanak-kanak yang mempunyai
bentuk yang mudah, saiz dan warna.
4. Suasana di taman kanak-kanak hendaklah dapat
mengawal kanak-kanak daripada pengaruh jahat yang terdapat dalam masyarakat dan
bahaya alam semulajadi.
5. Di taman kanak-kanak perlu dipupuk dengan
perkembangan mental, fizikal dan sosial kanak-kanak.
6. Taman kanak-kanak merupakan satu pendekatan
terhadap latihan kanak-kanak.Pendidikan adalah pembinaan watak atau peribadi
kanak-kanak. Ia hendaklah berdasarkan kepada keperluan dan keupayaan
kanak-kanak.
7. Menurut beliau, kanak-kanak mempelajari sesuatu
melalui perbuatan. Ia perlu diberi kebebasan.
8. Beliau menekankan kaedah bermain kepada
kanak-kanak dan belajar melalui membuat.
9. Beliau mencadangkan dalam mendidik kanak-kanak
perlu menggunakan objek supaya menimbulkan minat dalam pembelajarannya.
10. Beliau menekankan disiplin diri terhadap
kanak-kanak dan motivasi dalaman adalah penting bagi kanak-kanak.
11. Pembelajaran bukanlah sesuatu yang terpisah dan
ia saling berkaitan antara satu sama lain.
MARIA MONTESSORI (1870 – 1952) - Maria Montessori merupakan doktor wanita pertama
di Italy dan seorang tokoh pendidikan di Rome yang berpengalaman mendidik kanak-kanak
yang terencat akal.
- Pada tahun 1899, beliau menubuhkan sekolah
kanak-kanak cacat di Rome.
- Montessori menyokong Froebel dalam pendapat
membenarkan kanak-kanak belajar melalui aktiviti bermain.
- Beliau mengutamakan latihan daya penglihatan,
pendengaran dan sentuhan yang bertujuan bagi membolehkan kanak-kanak mendapat
pengalaman dan latihan menggunakan deria dengan cekap.
Pendapat Maria Montessori Dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak
Beliau berpendapat dalam mendidik kanak-kanak ia mestilah
menghormati kanak-kanak dan haknya. Oleh itu, persekitaran yang terancang,
kemahiran hidup, disiplin diri dan arahan adalah prinsip penting dalam
pendidikan kanak-kanak. Menurut beliau, pendidikan adalah untuk menolong
kanak-kanak membentuk serta membantu perkembangan intelek, fizikal, sosial,
emosi dan rohani.
Montessori mengemukakan beberapa konsep asas dalam
pembentukan kurikulum kanak-kanak pada peringkat awal. Antaranya adalah konsep
berikut;
a. Minda yang mudah menyerap
Menurut Montessori, minda kanak-kanak mudah menyerap
sesuatu maklumat yang diterima melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia
untuk diajarkan konsep tersebut. Seorang kanak-kanak mula menyerap kejadian
yang berlaku di sekelilingnya dan menyusun pengalaman ini daripada saat kelahiran
lagi.
b. Persekitaran yang tersedia
Persekitaran yang menggalakkan perkembangan
kanak-kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang akan
menyokong pembentukan konsep dan pengetahuan kanak-kanak apabila kanak-kanak
memerlukannya. Peranan guru adalah menunjuk ajar cara menggunakan bahan
pembelajaran tersebut pada masa yang sesuai.
c. Didikan diri
Kanak-kanak mampu menjelaskan persepsi mereka dan
menyusun pengalaman melalui aktiviti yang sesuai, apabila persekitaran mereka
disusun secara lengkap dengan pelbagai bahan pembelajaran yang menarik.
Kanak-kanak berkebolehan menyusun pengetahuan mereka apabila mereka terlibat
dalam sesuatu aktiviti pembelajaran. Guru tidak perlu mengajar kanak-kanak
secara formal. Guru hanya menunjuk ajar perlu mengajar kanak-kanak secara
formal. Guru hanya menunjuk ajar dan membimbing mereka dalam pemilihan bahan
dan aktiviti.
d. Bahan pembelajaran
Guru hanya menunjuk ajar cara yang “betul” bagaimana
menggunakan bahan tersebut selepas kanak-kanak memilih aktiviti pembelajarannya
secara bebas dan sukarela.
Mengikut
Montessori, matlamat kurikulum pada peringkat awal adalah bagi memajukan diri
kanak-kanak daripada segi; penumpuan perhatian; kemahiran memerhati dan
meneliti; kesedaran berkenaan susunan dan peraturan; keseimbangan pergerakan;
kesedaran persepsi dan kemahiran praktikal; konsep Matematik; kemahiran bahasa;
kemahiran menulis dan membaca; kebiasaan dengan seni kreatif; pemahaman
berkenaan alam semulajadi; pengalaman dan pemahaman berkenaan sains sosial;
pengalaman menggunakan kemahiran berfikir secara kritis melalui pengalaman
menyelesaikan sesuatu masalah.
e.Tempohsensitif
Tempoh sensitif adalah tempoh yang paling sesuai
untuk kanak-kanak menguasai sesuatu kemahiran. Tempoh tersebut dapat dikesan
apabila kanak-kanak menunjukkan kesediaan dan minat bagi mempelajari sesuatu
kemahiran dengan sentiasa menanya soalan dan sentiasa tertarik bagi memerhati
dan menyentuh sesuatu bahan pembelajaran.
Menurut
falsafah Montessori;
1. Ibu bapa patut diberi
latihan dalam perkembangan kanak-kanak dan cara menggunakan pengetahuan ini
dalam membimbing anak mereka.
2. Terdapat tempoh sensitif
yang merupakan masa paling sesuai bagi kanak-kanak menerima maklumat dan konsep
tertentu. Tempoh sensitif ini berbeza mengikut kadar perkembangan seseorang
kanak-kanak.
3. Kanak-kanak mampu melatih
diri sendiri, dengan bimbingan yang minimum daripada orang dewasa.Kanak-kanak
yang biasa berdikari dalam proses pembelajaran akan terus belajar secara
demikian apabila dewasa kelak.
4. Maklumat yang diterima
melalui deria adalah maklumat asas dalam semua jenis pembelajaran.
5. Bahan pembelajaran yang dibentukkan oleh Montessori melatihkan kanak-kanak
berdikari dalam mengurus diri dan persekitarannya melalui pengalaman sebenar
dan kegunaan bahan manipulatif
dan “betul diri”.
6. Guru akan meningkat
pengetahuan mereka melalui pengalaman dengan kanak-kanak.
7. Kanak-kanak memerlukan persekitaran dan alat pembelajaran yang tersusun dan
bersaiz kanak-kanak.
8. Guru perlu menyediakan
persekitaran yang lengkap bagi membantu kanak-kanak belajar secara bebas.
9. Peranan guru hanya membantu
kanak-kanak, bukan memaksa ataupun menentu arah pembelajaran mereka.
PRINSIP- PRINSIP DALAM KAEDAH MONTESSORI
.
1.Menghormati kanak-kanak dan
hak mereka.
2.Konsep kebebasan
3.Menguasai kemahiran dari
mudah ke sukar
4.Kanak-kanak dididik secara
bersepadu dan menyeluruh
5. Kanak-kanak melakukan
aktiviti arahan kendiri.
6. Pentingnya disiplin diri.
7. Terdapat tempoh sensitif
yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.
8. Kanak-kanak menyerap masuk pengetahuan
dan menggunakanya.
9. Kanak-kanak mengajar diri
mereka sendiri.
10. Kanak-kanak belajar dengan
lebih baik dalam persekitaran yang disediakan hendaklah membolehkan kanak-kanak
belajar secara sendiri
JOHN
DEWEY ( 1859 – 1952 )
- Tokoh falsafah yang terkenal
di Amerika.
- Beliau berpendapat bahawa
pendidikan adalah penghidupan tidak semata-mata persediaan untuk hidup tetapi
pendidikan adalah satu proses sosial yang mempunyai segala ilmu, pengalaman,
teori,
pemikiran dan kenyataan kepada
kanak-kanak.
Pandangan
Dewey berkaitan pendidikan awal kanak-kanak :
Beliau
memperkenalkan kaedah projek kepada kanak-kanak kerana kaedah ini berkait rapat
dengan aktiviti dan gerak kerja kanak-kanak. Menurut beliau, kanak-kanak
haruslah berusaha ke arah mencapai kejayaan. Pada pandangan beliau, dalam
menyampaikan pelajaran kepada kanak-kanak, guru perlu memulakan dengan kumpulan
kecil, kemudian seorang demi seorang.
Menurut beliau, pendidikan yang sebenar adalah satu proses yang aktif kepada
kanak-kanak berdasarkan keadaan semulajadi mereka. Pendidikan perlu disepadukan
dengan kehidupan kanak-kanak. Kanak-kanak perlu dihormati. Pembelajaran perlu
dilaksanakan melalui pengalaman dan eksperimen.
MARTIN LUTHER (1483 – 1546)
Beliau mencadangkan
pendidikan universal dan wajib, serta menitikberatkan keperluan mendirikan
sekolah bagi mengajar kanak-kanak membaca. Luther berpendapat tujuan utama persekolahan
adalah untuk mengajar agama.Beliau menegaskan muzik dan pendidikan jasmani
perlu diintergrasikan dalam kurikulum. Luther yakin keluarga merupakan
institusi paling penting dalam pendidikan kanak-kanak. Baginya pendidikan dan
persekolahan adalah bagi pengajaran sosialisasi, keagamaan dan moral.
JOHN AMOS COMENIUS (1592 – 1670)
- John Amos Comenius mencadangkan supaya semua
kanak-kanak perlu menghadiri sekolah dan sekolah perlu menggalakkan kanak-kanak
supaya mereka merasa gembira terhadap diri mereka.
- Beliau merasakan pendidikan perlu memberi
pengalaman pembelajaran yang positif termasuklah kebebasan, kegembiraan, dan
keriangan.
- Beliau juga percaya, pendidikan perlu mengikut
aturan semula jadi, mengikut umur dan kaedah yang betul dan mengelakkan
pembelajaran secara paksa sebelum kanak-kanak bersedia.
Pandangan beliau dalam pendidikan kanak-kanak :
- Buku pertama yang ditulis oleh John Amos Comenius
adalah kamus bergambar bagi membantu pengajaran kanak-kanak.
- Beliau mengalakkan integrasi kurikulum dan yakin
pembelajaran perlu aktif.
- Beliau percaya kanak-kanak perlu belajar tulisan
dengan menulis, pertuturan dengan bertutur dan taakulan dengan menaakul.
- Pembelajaran perlu bermula dari umum kepada khusus
dan daripada mudah kepada susah. Beliau menekankan penggunaan bahan konkrit dan
deria.
- Semua deria perlu terlibat bagi pembelajaran yang
berkesan, tunjukkan objek dan jelaskan apakan objek itu.
- Sekolah merupakan bengkel kanak-kanak berkerja
dengan penuh minat.
- Aktiviti adalah sangat penting.
JEAN PIAGET (1896-1980)
- Piaget merupakan seorang saintis Swiss yang paling
terkenal dan berpengaruh dalam pembentukan teori yang menyokong pendidikan awal
kanak-kanak.
- Beliau terkenal dengan Teori Perkembangan Kognitif
kanak-kanak yang diasaskan berdasarkan kajiannya terhadap anak-anaknya sendiri.
- Kajiannya berkaitan denganPembentukan konsep,
pemikiran dan pembelajaran.
Pandangan beliau
dalam pendidikan kanak-kanak:
- Piaget menjelaskan tiga cara
kanak-kanak mengetahui sesuatu.
a) Pertama, melalui interaksi
sosial iaitu belajar sesuatu perkara daripada orang lain. Bahasa, tingkah laku
yang sesuai dengan budaya dan idea keagamaan adalah contoh-contoh pengetahuan
yang diperolehi dengan cara sedemikian.
b) Kedua, melalui pengetahuan fizikal iaitu
pengetahuan fizikal tentang sesuatu benda. Pengetahuan ini diperolehi melalui
penerokaan dunia fizikal dan belajar berkenaan bulatan dan segi empat
sama,keras dan lembut, panas dan sejuk. Konsep-konsep ini tidak dapat
dipelajari tanpa pengalaman dengan persekitaran.
c) Ketiga, melalui logical-matematik yang meliputi
konsep nombor, klasifikasi, masa, hubungan ruang dan keabadian.
Antara sumbangan Piaget
yang menjadi amalan pendidik sehingga kini :
- teori
perkembangan kognitif yang menekankan peringkat deria motor, praoperasi,
konkrit dan formal.
- Teori konstruktivism menitikberatkan kecerdasan
kanak-kanak berkembang melalui pembelajaran yang aktif.
- Aktiviti mental dan fizikal adalah penting bagi
perkembangan kognitif kanak-kanak.Kanak-kanak memerlukan pengalaman bagi
membentuk struktur mental
- Perkembangkan kognitif kanak-kanak adalah melalui
interaksi dan penyesuaian dengan persekitaran.Perkembangan adalah proses
berterusan dan hasil kematangan
- Menggalakan pembelajaran aktif melalui objek
konkrit.
LEV SEMEROVICH VYGOTSKY( 1896-1934)
- Ahli psikologi dari Russia yang dilahirkan pada
tahun 1896.
- Pernah bekerja di Institute of Psychology in Moscow
(1924–34), dan menekankan tentang perkembangan kognitif kanak-kanak yang
berhubung kait dengan hubungan antara bahasa dan pemikiran.
- Penulisan beliau menekankan tentang peranan
sejarah, budaya dan faktor sosial yang membentuk pengaruh kognitif kanak-kanak
.
- Meninggal dunia pada tahun 1934 akibat daripada
jangkitan penyakit tuberculosis.
Kepentingan
pemikiran Vygotsky terhadap perkembangan kanak-kanak :
a. Vygotsky.telah menyatakan
bahawa telah membuat kajian bahawa persekitaran, budaya dan kebolehan
berkomunikasi secara interpersonal banyak membantu perkembangan dan interaksi
kanak-kanak. Melalui interaksi kanak-kanak dapat mempelajari pelbagai budaya,
gaya pertuturan, penulisan dan pelbagai simbol pengetahuan. Ini dapat membantu
kanak-kanak supaya dapat diaplikasikan dalam kehidupan sehariannya.
b. Dengan bermain kanak-kanak dapat meningkatkan
mindanya supaya lebih kreatif dan inovatif. Pada masa yang sama kanak-kanak itu
akan dapat memberi makna yang abstrak dan membolehkannya meningkatkan kemahiran
berfikir lebih kreatif dan kritis.
c. Bermain juga dapat mempertingkatkan kebolehan
sosialiasi kanak-kanak. Semasa bermain kanak-kanak boleh memahami antara
seorang individu dengan seorang individu dari segi kebolehan mengujudkan
kemahiran-kemahiran komunikasi seperti, membina hubungan, memberi perhatian,
kemahiran mendengar dan interpersonal dan intrapersonal. Boleh memahami
peraturan-peraturan sesuatu permainan dengan ini ia akan menjadi seorang
kanak-kanak yang sentiasa hormat kepada rakannya
d. Vygotsky juga telah menekankan bahawa kanak-kanak
menjadi lebih konstruktif. Dalam konteks pembelajaran konstruktivisme ianya
bermaksud bahawa ilmu pengetahuan tidak boleh wujud diluar minda tetapi dapat
dibina dalam minda berdasarkan pengalaman sebenar.
e. Menurut Vygotsky Zon Perkembangan Prokimal (ZPD)
bermaksud prestasi pelajar, kebolehan menyelesaikan masalah melebihi kebolehan
diri sendiri dan dengan ini mencapai perkembangan peringkat potensi yang
berbeza.
f. Disamping proses kognitif, teori konstruktivisme
pula menegaskan perkembangan proses metakognitif, iaitu operasi yang
mengarahkan dan mengawal kemahiran serta proses kognitif. Ia melibatkan operasi
membimbing kanak-kanak untuk mencari makna terutamanya operasi merancang,
mengarah dan menilai pemikirannya.
Umur baru 26 tahun. Ex-student SK Sentul 2 (91'-95'), SMK Convent Sentul (96'-00') & Maktab Perguruan Batu Pahat (02'-04' = kini IPTHO). Anak ke2 dari 6 orang beradik. Hobi saya membela KUCING, menternak KUCING dan segala2nya K.U.C.I.N.G ") (nanti updates lagi)