06 Ogos, 2009

KAEDAH MEMBACA YANG DIAJAR = BERHASIL :)

Nak kongsi pengalaman kaedah membaca yang telah saya gunakan sejak tahun lepas - 08'. Ini cara saya, mungkin ramai yang dah gunakan atau ada yang belum cuba nasihat aku=CUBALAH! Sbb saya berani bertaruh akan HASILNYA=BERKESAN. Tapi semua ini bergantung juga pada :
  1. GURU = kaedah/caranya
  2. MURID = usahanya
  3. Kerjasama IBUBAPA
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, dulu saya masih mencari2 kaedah membaca yang lebih cepat atau senang murid fahami. Bagaimana nak bagi bebudak prasekolah yang masuk ke kelas awal tahun, dari 'Zero (O)'=TAK KENAL HURUF LANGSUNG!! boleh membaca. Makna, jika tak kenal huruf maka secara terang-terangan tidak boleh membaca. Jangan tak tahu, ada murid umur 6 tahun yang masuk tu pernah sekolah sebelumnya. Jadi sekarang, siapa yang harus dipersalahkan jika murid itu langsung tidak tahu membaca??? Bukan mencari salah sesiapa ok, tapi di sini lebih kepada penambaikan atau mencari KAEDAH TERBAIK bagaimana kita nak bagi murid kita boleh, cepat dan pandai MEMBACA.

Saya terangkan serba ringkas tetapi padat KAEDAH yang saya gunakan di kelas prasekolah saya... Jika ada salah silap, minta halal la yek :)

1. Awal Tahun = murid kan diperkenalkan huruf VOKAL dulu baru KONSONAN. Part ini, gunalah apa cara pun sehingga murid murid dapat kenal dan tahu 26 abjad tersebut. Antaranya...?
  • Nyanyian-ubah2lah sikit ikut rentak yang senang. Takda guna CD muzik pun ok, sebab kalau nak ulang tiap2 pagi, jenuh nak guna muzik kan. Awal tahun dulu saya ajar murid nyanyi lagu huruf vokal yang simple - JANGAN LUPA TUNJUK JUGA HURUFNYA. Contoh :
CIKGU : A bunyi apa? MURID : A bunyi 'aaa'
CIKGU : I bunyi apa?
MURID : I bunyi 'eee'
(semua huruf vokal = a, e, i, o, u)
  • Kotak2 bijirin yang bagi budak sarapan tu, janganlah buang. Sambil sarapan, sambil2 lah juga perkenalkan huruf. Senang + jimat gitu! Apa juga yang bahan di dapur-plastik tepung gandum, milo dsb... gunakanlah yea! :)
  • Gunakan kad abjad (a-z) yang dipotong segiempat yang comel, yang ada penyepit di belakang. Gunanya?? Sepitlah ia pada baju budak samada ketika awal dia masuk kelas atau pun masa dia beratur nak balik tu. Tujuannya hanya 1=supaya dia ingat huruf yang dia pakai. Esoknya, cikgu cubalah tanya, jangan pula tak tanya. Dah tanya tu, gunakanlah bahan apa jua di kelas, minta murid cari huruf tersebut :_p

2. Berapa lama budak dapat menguasai 26 abjad tersebut? Dan selepas itu, bolehlah gunakan KAEDAH saya ini... Slow2lah yea... Jangan terlalu mendadak atau mendesak. TEGAS itu perlu dalam mendidik anak2 tetapi biarlah BETUL CARANYA :>

- SUKUKATA = Buat kertas sukukata dalam apa cara sekalipun, untuk ditampal dalam buku tulis mereka di bahagian belakang

.........a
ba ca da fa ga ha ja ka la ma na pa
ra sa ta va wa ya za

*Minta murid menyebut sukukata ini dengan KAEDAH MEMBUNYIKANNYA bukanlah MENGEJA. Eh... tak salah pun kalau nak mengeja dulu, tapi ini cara saya. Walaupun menggunakan kaedah membunyikkan bukan mengeja, saya tidak mengabaikan kaedah mengeja tersebut ok!! Terutama apabila meminta murid mengeja perkataa mudah :)

- "b" bertemu bunyi 'aaa' terus sebut ba
- gunakan kaedah ini untuk semua huruf konsonan dan bertemu dulu dengan bunyi 'aaaa'
- selepas itu, cantumkan sukukata yang berakhir huruf a menjadi perkataan KVKV seperti baca, dada, mama, papa, lala, jala, pala dsb
p/s : gunakan kaedah sama menggunakan huruf vokal selanjutnya (a,e,i,o,u)



3. Selepas murid mahir membunyikan terus sukukata/perkataan tersebut, maka dengan RASMINYA mereka juga akan mahir membaca perkataan dan ayat2 mudah KVKV walaupun mempunyai gandingan 2 huruf vokal yang berlainan di dalam perkataan tersebut seperti padi, kaki, kuda, bola, dagu, dahi, satu, tiga dsb..
1. Mama bawa raga.
2. Hadi ada kuda.
3. I
ni cili padi.
4. Bo
la Bobo biru.
5. Ka
ki Ali luka.

SELAMAT MAJU JAYA!!!
(Nanti updates lagi okeh)

QUEEN/KING OF THE DAY = Pendekatan menarik, cubalah! :>

Seronok sgt2 la bebudak prasekolah ni bila di gunakan pendekatan 'PENGANUGERAHAN MAHKOTA' ini. Umpama Raja/Permaisuri gitu. Punyalah bangga bebudak pra ni dapat di NOBATKAN sebagai Raja/Permaisuri sehari. Balik rumah, kecoh bercerita pada ibubapa. Macamana tahu? Sebab salah seorang budak yang ada di NOBATKAN adalah anak cikgu :)
Sebenarnya, idea ini dicetus oleh cik mek molek berdua, budak praktikum tu lah. Kadang2 idea mereka sedikit sebanyak mencetuskan cara berfikir aku supaya lebih dramatik. Amboi ayat... :> Tapi tak kisahlah kan, yang baik itu yang kita ambil buat pegangan di masa kelak. Ini juga sebagai salah satu pendekatan atau sebagai MOTIVASI kepada rakan2 yang bertingkah laku bermasalah>positif atau negatif untuk. Nampaknya, berhasillah juga. Jom tengok bagaimana rupanya apabila di'MAHKOTA'kan...

Queen : Nur Izzatul Syahirah

Queen : Nur Zarlia Miza

p/s : King nanti upload

Jom ke laman web/blog2 di bawah ini :*

Salam. Berjumpa lagi dan lagi :)
Kali ini, nak habaq mai kat semua, hobi saya kini suka menjengah blog2 saudara Islamku khususnya berkaitan 'Prasekolah'. Seronok juga bila membaca blog2 diaorang ini. Dalam tak sedar menjenguk blog orang, blog sendiri tak ada?? Hehe, lawak bebenor. Tak apalah, blog ini aku anggap sebagai 'DIARI HATIKU'. Macam lagu Dato' Siti Nurhaliza gitu... Eh, sebut pasal Dato' Siti, ehem2x ni habaq mai yang tarikh lahir kami berdua sama tau - 11 Januari, cuma tahun saja berbeza. Kira.. ku muda lagilah :)
Berbalik pada cerita blog yang aku ada lawati, banyak info2 berkaitan prasekolah serta gambar2 menarik yang pernah aku jelajahi. So, kepada mereka2 yang rasa ketandusan idea dalam mencari bahan aktiviti, silalah jenguk blog2 di bawah. Sebenarnya, kalau rajin.. banyak lagi blog yang boleh di lihat. Carilah kat i'net, pasti jumpa. Banyak jugalah. Buat masa ini, saya belum kumpul apa2 info atau bahan menarik yang nak di kongsi. Tunggulah yea... Jika ada rezeki, pasti 'terbit' di blog aku ni. "_)

1. Meneroka laman web Bijak.net di http://www.bijak.net.my/lamankanakkanak.htm
2. Meneroka laman web Enchanted learning di http://www.enchantedlearning.com
3.Meneroka laman web Preschool Education di http://www.preschooleducation.com/
4. http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah
5. http://preschoolsksg.blogspot.com
6. http://skdua.blogspot.com/
7. http://praskt.wordpress.com/blogosphere/
8. http://prasktamanperling.blogspot.com/
9. http://prasekolahsktm2.blogspot.com/
10. http://prasekolahpetalingperdana.blogspot.com/
11. http://praskus.blogspot.com/
12. http://prasekolahhs.blogspot.com/

Mural2 Di Sekitar Kelas ku :)

Oleh : Cikgu Amirah :)
Sebelum...

Selepas..


Oleh : Cikgunya... :)

Saya lukis.. saya warna.. Oklah :)