01 Januari, 2011

KAD AYAT








CONTOH RPH KSPK


 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN PRASEKOLAH
MINGGU:3                                                                                                                                                     HARI       : ISNIN
TEMA    : DIRI SAYA  (ANGGOTA BADAN SAYA)                                                                                      TARIKH   : 01.03.2010
MASA
TUNJANG
STANDARD PEMBELAJARAN
OBJEKTIF
AKTIVITI
BAHAN/BBM
IMPAK
10 MINIT
(BM)
RUTIN
PERHIMPUNAN PAGI
I
20 MINIT
(BM)


PERBUALAN PAGI
BM 2.1.3 berbual menggunakan ayat yang mudah dengan sebutan yang betul.
Murid dapat :
- menyatakan beberapa anggota badan yang diketahui.
Bersoal jawab dengan murid tentang anggota badan yang diketahui.
- guru menunjukkan beberapa keping kad bergambar.
Kad imbasan

20 MINIT
(BM)

AKTIVITI LUAR


TYDS:
* FIZIKAL & ESTETIKA

PFK 2.1.14 merangkak dengan lakuan yang betul di ruang tertentu.
KTI 2.1.8 menyanyi lagu dengan iringan muzik.
Murid dapat :
- merangkak dengan lakuan yang betul sepanjang aktiviti dijalankan.

Menjalankan aktiviti ’musical chair’ di taman permainan.
- murid dikehendaki mengelilingi kerusi dengan cara merangkak.


CD
Kerusi

(24/25)
4 = TM
20= M
1=TH

60 MINIT
(BM)

MODUL ASAS
(B.MELAYU)
BM 3.3.3 menyebut huruf konsonan dalam perkataan yang ditunjukkan.
Murid dapat :
- mengenal pasti huruf konsonan yang telah dipelajari dengan lancar.
Guru menyediakan beberapa keping kad perkataan.
- murid perlu menunjukkan huruf konsonan yang terdapat dalam perkataan.
Kad perkataan

30 MINIT
(BM)

REHAT

90 MINIT

MODUL BERTEMA
(B.MELAYU)

TYDS :
SAINS & TEKNOLOGI
BM 3.2.3 mengenal pasti huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.
ST 3.1.2 mengenalpasti bahagian tubuh badan iaitu lidah, pipi, dagu, kening,dll.
Murid dapat:
- mengenal huruf vocal dan membunyikannya.

Guru membimbing murid menyebut huruf vokal yang ditunjukkan.
- guru menyatakan perkataan tersebut.
- murid menunjukkan huruf vokal yang terdapat dalam perkataan.


10 MINIT
PENUTUP
- mengimbas kembali pelajaran pada hari ini.
- membaca doa dan bersalaman dengan guru dan pembantu.
Refleksi Guru :………………………………………………………………………………………..
Murid : .........................................................................................................................
*TUNJANG YANG DISEPADUKAN

SURAT PEKELILING PELAKSANAAN KSPK

PERMOHONAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

Tempoh Permohonan Atas Talian dibuka semula hingga 07 Januari 2011 (Jumaa)

SELAMAT TAHUN BARU 2011



HAPPY NEW YEAR!!!

Salam.... Selamat Tahun Baru kepada semua kwn2, secara langsung kenal atau tidak. Tak kisahlah, yg penting ikatan ukhuwah di harapkan dpt terjalin disamping bertukar2 pendapat, idea atau bahan menarik utk digunakan pada anak2 cilik. Seperti tahun2 lepas, impian saya msh dalam genggaman, jika ditakdirkan-Nya, mungkinkah impian saya yg satu tu akan terlaksana tahun ini?? Ermm... doa kalian amat saya perlukan. Semoga impian kalian juga akan tercapai pada tahun ini, Insyallah......... Selamat bertemu kembali.

·OBJEKTIF KSPK

       Kurikulum Prasekolah Kebangsaan menyediakan peluan kepada murid berumur 4-6 untuk mencapai objektif berikut :
       
Jasmani:
· Mempunyai tubuh badan yang sihat
· Mempunyai kecergasan dan kemahiran fizikal asas
· Mempraktikkan amalan kesihatan yang baik
· Mempraktikkan langkah-langkah menjaga keselamatan
· Menguasai kemahiran psikomotor asas – kemahiran motor halus dan motor kasar

Emosi:
· Mempunyai konsep kendiri yang positif
· Berani mencuba / Mempunyai keyakinan diri
· Mempunyai kematangan emosi
· Menghormati perasaan dan hak orang lain
· Boleh bekerja secara bersendirian dan berkumpulan

Intelek:
· Berkomunikasi dengan baik (membaca, menulis dan bertutur) menggunakan bahasa Malaysia
· Berkomunikasi dengan menggunakan bahasa Inggeris
· Memperolehi kemahiran proses sains asas
· Memperolehi kemahiran matematik asas
· Memperolehi kemahiran berfikir asas, kemahiran menaakul
· Memperolehi kemahiran asas dalam menyelesaikan masalah dalam kehidupan seharian murid
· Mempunyai daya kreatif dan estetika
· Menghargai keindahan alam dan warisan budaya

Rohani:
•Mengamalkan nilai murni
•Mengamalkan nilai-nilai Islam dalam kehidupan seharian untuk murid beragama Islam.

Sosial:
· Berkebolehan berkomunikasi yang mantap.
· Membentuk perhubungan yang positif dengan orang dewasa & rakan sebaya.
· Menyuarakan pandangan dan perasaan.
· Bekerjasama dengan orang lain.

MATLAMAT KURIKULUM STANDARD PRASEKOLAH KEBANGSAAN (KSPK)


 Pendidikan prasekolah bertujuan memperkembangkan
potensi kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun secara
menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani,
intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang
selamat, menyuburkan serta aktiviti yang menyeronokkan, kreatif
dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran,
menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif
pada diri kanak-kanak agar mereka berjaya dalam persekitaran
sedia ada dan bersedia untuk menangani cabaran dan
tangungjawab di sekolah rendah kelak.

CARTA DOA HARIAN