18 Ogos, 2009

Tema Minggu Ini - Hari Kemerdekaan


Bendera "Jalur Gemilang"



Perdana Menteri-1



Perdana Menteri-2



Perdana Menteri-3



Perdana Menteri-4



Perdana Menteri-5



Perdana Menteri-6 (KINI)


LIRIK LAGU

31 OGOS

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang



TEGAKKAN BENDERA KITA

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita



Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Pencerapan P&P :)

Fuh..! B'debar-debar juga pagi tadi, pencerapan P7P oleh GPK sekolah ku. Memanglah P&P sebelum ini macam biasa tapi jika ada orang melihat P&P kita, agak-agak perasaan tu macamana? Pagi tadi saya menggunakan ICT-Tema minggu ini Hari Kemerdekaan, subtema Tempat2 Menarik Di Malaysia. Saya tayangkan video cuti2 Malaysia, ala yang Dato' Siti Nurhaliza nyanyi tu. Dapat mana? Entahlah, mungkin dulu saya gemar pergi karnival2 macam Jom Heboh, agaknya dapat situlah. Budak2 saya pun ok sangat, memberikan respon yang tidak disangka. Kebetulan pagi tu masa 'punch kad' ternampak 'Book Mark' kat dalam kotak dekat kaunter. Saya ambillah. Memang inilah kerja saya, jumpa apa saja bahan menarik, ambil untuk diberikan kepada murid sebagai peneguhan kepada sikap dsb.. SO.. saya gunakan 'Book Mark' itulah. Komen dari GPK saya-Pn. Juraidah pun ok. TQ cikgu! :)

Ladybug Note Generator