06 Ogos, 2009

QUEEN/KING OF THE DAY = Pendekatan menarik, cubalah! :>

Seronok sgt2 la bebudak prasekolah ni bila di gunakan pendekatan 'PENGANUGERAHAN MAHKOTA' ini. Umpama Raja/Permaisuri gitu. Punyalah bangga bebudak pra ni dapat di NOBATKAN sebagai Raja/Permaisuri sehari. Balik rumah, kecoh bercerita pada ibubapa. Macamana tahu? Sebab salah seorang budak yang ada di NOBATKAN adalah anak cikgu :)
Sebenarnya, idea ini dicetus oleh cik mek molek berdua, budak praktikum tu lah. Kadang2 idea mereka sedikit sebanyak mencetuskan cara berfikir aku supaya lebih dramatik. Amboi ayat... :> Tapi tak kisahlah kan, yang baik itu yang kita ambil buat pegangan di masa kelak. Ini juga sebagai salah satu pendekatan atau sebagai MOTIVASI kepada rakan2 yang bertingkah laku bermasalah>positif atau negatif untuk. Nampaknya, berhasillah juga. Jom tengok bagaimana rupanya apabila di'MAHKOTA'kan...

Queen : Nur Izzatul Syahirah

Queen : Nur Zarlia Miza

p/s : King nanti upload

1 ulasan: