04 Ogos, 2009

Karnival Pendidikan Prasekolah ")

1 Ogos 2009, sejarah tercipta dan aku idam2kan kini menjadi NYATA. Prasekolah ku J.O.H.A.N kategori SAJAK dan TARIAN RAMPAI bagi Zon Keramat. Kurang bernasib baik dalam pertandingan lain iaitu Bercerita BM, Bercerita BI, Hafazan dan Mewarna. Takpe lah, rezeki budak2 pra sekolah lain. Selepas ini akan ke peringkat NEGERI pula, lawan zon PUDU, SENTUL & BANGSAR. Menang di peringkat zon sudah cukup menggembirakan aku.
Ada kawan baik bertanya, "Fazira, kau menang ni kau dapat apa? Duit? Piala?". Aku jawab takda apa2, budak saja yang dapat. Aku tak kisahlah semua tu, sebab aku pun dah M.E.N.A.N.G. Menang dalam perjuanganku untuk mendapat tempat di mata juri. Biar penat mana sekali pun, bersengkang mata mencari idea step2 tarian2, meng'edit' + men'cantum' 2 muzik tarian, mencari aksesori berkaitan, memikirkan design pakaian dan macam2lah. Aku bukan penari hebat, aku cuma guru prasekolah yang berminat dengan perkara2 seni-menari, menyanyi, berlakon.
Tapi sebenarnya, semuanya bergantung pada budak. Kalau budak takda potensi/bakat, kemahuan, kesungguhan.. mana mungkin semua ini berlaku. Aku cuma mencurah idea dan pengalaman, budak2 aku yang kiut-miut tu yang melaksanakannya. Sekali lagi, ALHAMDULILLAH!. Walaupun pertandingan lain tidak mendapat tempat & hadiah, aku tetap sediakan hadiah. Sebab aku menghargai semangat budak2 lain yang masuk bertanding, tak merungut atau menangis. Baguslah! :p


JOHAN SAJAK - NOR AZHAREE SHAH B AZMAN


JOHAN TARIAN RAMPAI


Tiada ulasan:

Catat Ulasan