23 Ogos, 2009

PGSR...Saya Datang :)

Salam berpuasa buat semua. Bestnya dengar lagu raya sekarang, tak sabar nak raya ni!.. Erm.. Sekarang saya berada di dalam kelas, sambung degree kat IPBMM, baru semester 2. Sebelum mai sini, pulun perabis buat asignment nak pi antaq hari ini, tup2 lecturer kata antaq Selasa. Tapi ok lah juga sebab dapatlah saya murnikan lagi asignment saya. Pagi ini punyalah berkobar2 nak mai kelas, tengok2 berapa kerat je classmate yang mai. Kata depa, kelas mula 8.50 pagi. Aduh... maklumat tak sampai telus nih. Hehe... Oklah, nak sambung kelas semula. Daaa

21 Ogos, 2009

Perginya Praktikum, Datangnya PBS :_)

Salam muhibbah. Rindu pula dengan budak2 praktikum yang lalu. Tamatnya praktikum pada 14 Ogos 09' lalu, datangnya 3 gadis genit2 gitu untuk PBS selama seminggu. Tajuk PBS mereka lebih kepada cara pemakanan murid, menu2 di kelas prasekolah dan keselamatan. Saya cuba membantu memberi maklumat sedaya mungkin. Seminggu, satu masa yang singkat untuk mengenali lebih dalam tetapi budak2 ni mmg pandai takel anak murid saya walaupun baru masuk semester 3(rasanya lah :p)




18 Ogos, 2009

Tema Minggu Ini - Hari Kemerdekaan


Bendera "Jalur Gemilang"



Perdana Menteri-1



Perdana Menteri-2



Perdana Menteri-3



Perdana Menteri-4



Perdana Menteri-5



Perdana Menteri-6 (KINI)


LIRIK LAGU

31 OGOS

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka



JALUR GEMILANG

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang



TEGAKKAN BENDERA KITA

Hormatilah bendera kita
Ia lambang negara
Bersatu padu kita dibawahnya
Hidup berkeluarga

Putih merah biru kuning
Warna bendera kita
Berkibar-kibar megah
Di angkasa
Kemegahan semua

Tegakkan bendera kita



Keranamu Malaysia

Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai

Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya

Alam cyber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga

Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara

Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara

( ulang dari mula )

Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !

Pencerapan P&P :)

Fuh..! B'debar-debar juga pagi tadi, pencerapan P7P oleh GPK sekolah ku. Memanglah P&P sebelum ini macam biasa tapi jika ada orang melihat P&P kita, agak-agak perasaan tu macamana? Pagi tadi saya menggunakan ICT-Tema minggu ini Hari Kemerdekaan, subtema Tempat2 Menarik Di Malaysia. Saya tayangkan video cuti2 Malaysia, ala yang Dato' Siti Nurhaliza nyanyi tu. Dapat mana? Entahlah, mungkin dulu saya gemar pergi karnival2 macam Jom Heboh, agaknya dapat situlah. Budak2 saya pun ok sangat, memberikan respon yang tidak disangka. Kebetulan pagi tu masa 'punch kad' ternampak 'Book Mark' kat dalam kotak dekat kaunter. Saya ambillah. Memang inilah kerja saya, jumpa apa saja bahan menarik, ambil untuk diberikan kepada murid sebagai peneguhan kepada sikap dsb.. SO.. saya gunakan 'Book Mark' itulah. Komen dari GPK saya-Pn. Juraidah pun ok. TQ cikgu! :)

Ladybug Note Generator

06 Ogos, 2009

KAEDAH MEMBACA YANG DIAJAR = BERHASIL :)

Nak kongsi pengalaman kaedah membaca yang telah saya gunakan sejak tahun lepas - 08'. Ini cara saya, mungkin ramai yang dah gunakan atau ada yang belum cuba nasihat aku=CUBALAH! Sbb saya berani bertaruh akan HASILNYA=BERKESAN. Tapi semua ini bergantung juga pada :
  1. GURU = kaedah/caranya
  2. MURID = usahanya
  3. Kerjasama IBUBAPA
Sebelum saya bercerita lebih lanjut, dulu saya masih mencari2 kaedah membaca yang lebih cepat atau senang murid fahami. Bagaimana nak bagi bebudak prasekolah yang masuk ke kelas awal tahun, dari 'Zero (O)'=TAK KENAL HURUF LANGSUNG!! boleh membaca. Makna, jika tak kenal huruf maka secara terang-terangan tidak boleh membaca. Jangan tak tahu, ada murid umur 6 tahun yang masuk tu pernah sekolah sebelumnya. Jadi sekarang, siapa yang harus dipersalahkan jika murid itu langsung tidak tahu membaca??? Bukan mencari salah sesiapa ok, tapi di sini lebih kepada penambaikan atau mencari KAEDAH TERBAIK bagaimana kita nak bagi murid kita boleh, cepat dan pandai MEMBACA.

Saya terangkan serba ringkas tetapi padat KAEDAH yang saya gunakan di kelas prasekolah saya... Jika ada salah silap, minta halal la yek :)

1. Awal Tahun = murid kan diperkenalkan huruf VOKAL dulu baru KONSONAN. Part ini, gunalah apa cara pun sehingga murid murid dapat kenal dan tahu 26 abjad tersebut. Antaranya...?
  • Nyanyian-ubah2lah sikit ikut rentak yang senang. Takda guna CD muzik pun ok, sebab kalau nak ulang tiap2 pagi, jenuh nak guna muzik kan. Awal tahun dulu saya ajar murid nyanyi lagu huruf vokal yang simple - JANGAN LUPA TUNJUK JUGA HURUFNYA. Contoh :
CIKGU : A bunyi apa? MURID : A bunyi 'aaa'
CIKGU : I bunyi apa?
MURID : I bunyi 'eee'
(semua huruf vokal = a, e, i, o, u)
  • Kotak2 bijirin yang bagi budak sarapan tu, janganlah buang. Sambil sarapan, sambil2 lah juga perkenalkan huruf. Senang + jimat gitu! Apa juga yang bahan di dapur-plastik tepung gandum, milo dsb... gunakanlah yea! :)
  • Gunakan kad abjad (a-z) yang dipotong segiempat yang comel, yang ada penyepit di belakang. Gunanya?? Sepitlah ia pada baju budak samada ketika awal dia masuk kelas atau pun masa dia beratur nak balik tu. Tujuannya hanya 1=supaya dia ingat huruf yang dia pakai. Esoknya, cikgu cubalah tanya, jangan pula tak tanya. Dah tanya tu, gunakanlah bahan apa jua di kelas, minta murid cari huruf tersebut :_p

2. Berapa lama budak dapat menguasai 26 abjad tersebut? Dan selepas itu, bolehlah gunakan KAEDAH saya ini... Slow2lah yea... Jangan terlalu mendadak atau mendesak. TEGAS itu perlu dalam mendidik anak2 tetapi biarlah BETUL CARANYA :>

- SUKUKATA = Buat kertas sukukata dalam apa cara sekalipun, untuk ditampal dalam buku tulis mereka di bahagian belakang

.........a
ba ca da fa ga ha ja ka la ma na pa
ra sa ta va wa ya za

*Minta murid menyebut sukukata ini dengan KAEDAH MEMBUNYIKANNYA bukanlah MENGEJA. Eh... tak salah pun kalau nak mengeja dulu, tapi ini cara saya. Walaupun menggunakan kaedah membunyikkan bukan mengeja, saya tidak mengabaikan kaedah mengeja tersebut ok!! Terutama apabila meminta murid mengeja perkataa mudah :)

- "b" bertemu bunyi 'aaa' terus sebut ba
- gunakan kaedah ini untuk semua huruf konsonan dan bertemu dulu dengan bunyi 'aaaa'
- selepas itu, cantumkan sukukata yang berakhir huruf a menjadi perkataan KVKV seperti baca, dada, mama, papa, lala, jala, pala dsb
p/s : gunakan kaedah sama menggunakan huruf vokal selanjutnya (a,e,i,o,u)



3. Selepas murid mahir membunyikan terus sukukata/perkataan tersebut, maka dengan RASMINYA mereka juga akan mahir membaca perkataan dan ayat2 mudah KVKV walaupun mempunyai gandingan 2 huruf vokal yang berlainan di dalam perkataan tersebut seperti padi, kaki, kuda, bola, dagu, dahi, satu, tiga dsb..
1. Mama bawa raga.
2. Hadi ada kuda.
3. I
ni cili padi.
4. Bo
la Bobo biru.
5. Ka
ki Ali luka.

SELAMAT MAJU JAYA!!!
(Nanti updates lagi okeh)

QUEEN/KING OF THE DAY = Pendekatan menarik, cubalah! :>

Seronok sgt2 la bebudak prasekolah ni bila di gunakan pendekatan 'PENGANUGERAHAN MAHKOTA' ini. Umpama Raja/Permaisuri gitu. Punyalah bangga bebudak pra ni dapat di NOBATKAN sebagai Raja/Permaisuri sehari. Balik rumah, kecoh bercerita pada ibubapa. Macamana tahu? Sebab salah seorang budak yang ada di NOBATKAN adalah anak cikgu :)
Sebenarnya, idea ini dicetus oleh cik mek molek berdua, budak praktikum tu lah. Kadang2 idea mereka sedikit sebanyak mencetuskan cara berfikir aku supaya lebih dramatik. Amboi ayat... :> Tapi tak kisahlah kan, yang baik itu yang kita ambil buat pegangan di masa kelak. Ini juga sebagai salah satu pendekatan atau sebagai MOTIVASI kepada rakan2 yang bertingkah laku bermasalah>positif atau negatif untuk. Nampaknya, berhasillah juga. Jom tengok bagaimana rupanya apabila di'MAHKOTA'kan...

Queen : Nur Izzatul Syahirah

Queen : Nur Zarlia Miza

p/s : King nanti upload

Jom ke laman web/blog2 di bawah ini :*

Salam. Berjumpa lagi dan lagi :)
Kali ini, nak habaq mai kat semua, hobi saya kini suka menjengah blog2 saudara Islamku khususnya berkaitan 'Prasekolah'. Seronok juga bila membaca blog2 diaorang ini. Dalam tak sedar menjenguk blog orang, blog sendiri tak ada?? Hehe, lawak bebenor. Tak apalah, blog ini aku anggap sebagai 'DIARI HATIKU'. Macam lagu Dato' Siti Nurhaliza gitu... Eh, sebut pasal Dato' Siti, ehem2x ni habaq mai yang tarikh lahir kami berdua sama tau - 11 Januari, cuma tahun saja berbeza. Kira.. ku muda lagilah :)
Berbalik pada cerita blog yang aku ada lawati, banyak info2 berkaitan prasekolah serta gambar2 menarik yang pernah aku jelajahi. So, kepada mereka2 yang rasa ketandusan idea dalam mencari bahan aktiviti, silalah jenguk blog2 di bawah. Sebenarnya, kalau rajin.. banyak lagi blog yang boleh di lihat. Carilah kat i'net, pasti jumpa. Banyak jugalah. Buat masa ini, saya belum kumpul apa2 info atau bahan menarik yang nak di kongsi. Tunggulah yea... Jika ada rezeki, pasti 'terbit' di blog aku ni. "_)

1. Meneroka laman web Bijak.net di http://www.bijak.net.my/lamankanakkanak.htm
2. Meneroka laman web Enchanted learning di http://www.enchantedlearning.com
3.Meneroka laman web Preschool Education di http://www.preschooleducation.com/
4. http://www.scribd.com/doc/4007899/Kepentingan-Bermain-Dalam-Pendidikan-Prasekolah
5. http://preschoolsksg.blogspot.com
6. http://skdua.blogspot.com/
7. http://praskt.wordpress.com/blogosphere/
8. http://prasktamanperling.blogspot.com/
9. http://prasekolahsktm2.blogspot.com/
10. http://prasekolahpetalingperdana.blogspot.com/
11. http://praskus.blogspot.com/
12. http://prasekolahhs.blogspot.com/

Mural2 Di Sekitar Kelas ku :)

Oleh : Cikgu Amirah :)
Sebelum...

Selepas..


Oleh : Cikgunya... :)

Saya lukis.. saya warna.. Oklah :)

05 Ogos, 2009

Mural Masa Praktikum = Agenda Wajib??

Erm.. baca tajuk pun dah gerun, sbb masa praktikum dulu, aku pun dah pernah merasa. Bukan didera atau menderalah! Kalau kita minta secara baik, surely bebudak yang praktikum dengan SUKARELAnya akan buat. Tapi persoalannya sekarang, kalau PRAKTIKUM mesti W.A.J.I.B buat MURAL ke? Aku bangkitkan isu ini sbb aku pun ada 'minta' perkara yang sama dgn bebudak praktikum yang sekarang ini. Alahai...cantiklah kelas aku. Tq! Tq!
Tiba2 teringat zaman praktikum fasa akhir, tahun 2004 di SK SERI MENANTI, MUAR. Wahhh~~ dgn bangganya melakar gambar haiwan lautan di dinding dalam kelas. Ingat dah hebatlah?? Tak pun sbb pastu PPM nya tolong touch up bagi tone sikit. :) Aku mmg x berseni... :( . Tapi sekarang ni bolehlah. Bak kata Rashid Sibir dalam komen Anak Wayang "BOLEHLAH DARIPADA TAKDA".
Aku ada snap gambar time bebudak praktikum ni tengah buat mural. Ha... yang gambar budak berlatarbelakangkan sayuran tu, 'den' yang lukis. Minta tolong Iema kalerkan. Tak sedar dengan baju2 kurung aku sekali ter'kaler'. Hehe....Yang Amirah=mmg berseni. Bak katanya, bakat dari kecil so.. x heran kalau aku katakan daun yang dikalerkan ber'tone'. Kagum aku... Nanti aku upload gambarnya. Tak sempat lah!! Peace 2u all :*

Lagu Kanak-Kanak

BAHASA MELAYU & BAHASA INGGERIS

MP3 nursery rhymes

Alphabet Song - http://www.savefile.com/files/1509120
Twinkle-twinkle little star - http://savefile.com/files/1509117
Frere Jacques [Brother John] - http://savefile.com/files/1509121
Row-row your boat - http://savefile.com/files/1509122
Baa baa black Sheep - http://savefile.com/files/1509175

http://www.landofnurseryrhymes.co.uk/

http://www.nurseryrhymes4u.com/

http://www.smart-central.com/

http://sklaloh.kelantan.edu.my/muatturun.htm

http://muzik_my.tripod.com/km/0-kids-m.htm

04 Ogos, 2009

Karnival Pendidikan Prasekolah ")

1 Ogos 2009, sejarah tercipta dan aku idam2kan kini menjadi NYATA. Prasekolah ku J.O.H.A.N kategori SAJAK dan TARIAN RAMPAI bagi Zon Keramat. Kurang bernasib baik dalam pertandingan lain iaitu Bercerita BM, Bercerita BI, Hafazan dan Mewarna. Takpe lah, rezeki budak2 pra sekolah lain. Selepas ini akan ke peringkat NEGERI pula, lawan zon PUDU, SENTUL & BANGSAR. Menang di peringkat zon sudah cukup menggembirakan aku.
Ada kawan baik bertanya, "Fazira, kau menang ni kau dapat apa? Duit? Piala?". Aku jawab takda apa2, budak saja yang dapat. Aku tak kisahlah semua tu, sebab aku pun dah M.E.N.A.N.G. Menang dalam perjuanganku untuk mendapat tempat di mata juri. Biar penat mana sekali pun, bersengkang mata mencari idea step2 tarian2, meng'edit' + men'cantum' 2 muzik tarian, mencari aksesori berkaitan, memikirkan design pakaian dan macam2lah. Aku bukan penari hebat, aku cuma guru prasekolah yang berminat dengan perkara2 seni-menari, menyanyi, berlakon.
Tapi sebenarnya, semuanya bergantung pada budak. Kalau budak takda potensi/bakat, kemahuan, kesungguhan.. mana mungkin semua ini berlaku. Aku cuma mencurah idea dan pengalaman, budak2 aku yang kiut-miut tu yang melaksanakannya. Sekali lagi, ALHAMDULILLAH!. Walaupun pertandingan lain tidak mendapat tempat & hadiah, aku tetap sediakan hadiah. Sebab aku menghargai semangat budak2 lain yang masuk bertanding, tak merungut atau menangis. Baguslah! :p


JOHAN SAJAK - NOR AZHAREE SHAH B AZMAN


JOHAN TARIAN RAMPAI


Pengalaman Lebih Berharga Dalam Sebuah 'Praktikum'

Terima cikgu2 praktikum pada tarikh ini - 6 Julai 09'. Perasaan?? Warghhhh!!!! Bukan apa, rasa mcm x yakin nak membimbing budak2 ni, pengalaman mengajar pun x sampai 3 tahun (masa ni lah sbb pra di tubuhkan 2007). Dah plak tu, aku b'kejar2 sambung 'degree- sem.2 sekarang' tapi bebudak ni nak KPLI gitu, praktikum akhir. Terus jumpa 'my big boss' - suarakan keresahan. Akhirnya aku lega. Apa 'my big boss' cakap? Ehem3x... R.A.H.S.I.A....
Alhamdulillah, budak2 ni ok lah. Memandangkan ku pun belum kawin, so rasa macam kawan2 lak, giler2x gitu! Tambah2 msg2 ado Facebook, haaaa.... berhubung di situ selain msg/call. Praktikum ni sebagai mencari pengalaman akhir sebelum ke alam mengajar, iaitu dunia sebenar. Dan aku, rasa puas dapat 'guide' diaorang, bagi komen penambaikan lah katakan.
Betullah, walau sesingkat atau selama mana kita bekerja dalam sesebuah tempat atau bidang itu, P.E.N.G.A.L.A.M.A.N itu lebih penting. Dan pengalaman yang aku ada kurang 3 tahun itulah yang membantu bebudak praktikum tu dalam melaksanakan P&P dan handle budak2 aku yang memang eeeiiiiii~~~.... Tapi bebudak praktikum tu pun bagus, aku pun banyak belajar dari diaorang, yela aku pun dah lama meninggalkan alam belajar cuma sekarang aje terkedek2 sambung degree (alhamdulillah!!).
Yang paling aku syiok, dapat lah tukar2 bahan2 lembaran P&P dan copy CD/Minus yang diaorang ada. Aku pasti, semua yang berlaku kini pada aku ada HIKMAHNYA, pengalaman aku dapat dalam membimbing mereka=AMAT2 BERMAKNA :)

Nama bebudak tu pun aku x perkenalkan lagi. :) Mereka2 itu > AMIRAH & TUN ZAEMAH(spek mata)-(PISMK-PRA/MUZIK/IPBMM). Gambar?? Ado...

Pada mulanya, tak suka blog :(...

Salam... Memang tak suka blog2 macam ini, tapi entahlah... Dah lama buat tapi tak pernah nak cuba updates dengan cerita2 terkini terutama apa yang berlaku di kelas ku.. Kini, I'm back, cuba menjinak-jinakkan diri dengan dunia blog. Banyak perkara nak di kongsi di sini. Pengalaman, perasaan dan macam-macam, tentunya 90% berkaitan dengan anak-anak didikku di prasekolah. Dan apa jua yang ingin aku tulis di sini, mungkin di anggap sebagai sebahagian dairi hidupku sepanjang bergelar guru prasekolah (memang funs!). Paling best, dapat tengok blog cikgu prasekolah sekolah lain, wahhhh~~ dah berbatu2 kilometer agaknya aku ketinggalan. Bak orang kata, 'Biar Lambat Asal Buat' juga.